Friday, September 7, 2018

Tentang Kami

Ayam Goreng AGR™ adalah satu jenama rantaian Gerai Ayam Goreng Jalanan yang dimiliki sepenuhnya oleh AGR MARKETING. Ia bermula dari 24 April 2016 apabila kami mencuba buat pertama kali menjual ayam goreng rm1 di hadapan Pasaraya Longwan, Parit Buntar. 



Hanya dengan bermodalkan RM30, kami membeli dan memproses 2 ekor ayam mentah untuk cuba menjual di sana. Alhamdulillah, 2 ekor ayam tadi habis dijual dalam masa 1 jam sahaja dari masa buka.

Dan selepas itu semuanya adalah sejarah...

Alhamdulillah, setelah 1 tahun setengah berada dipasaran, kami sekarang berada di 8 lokasi sekitar bandar Parit Buntar dan telah menjual lebih dari 1/2 juta ketulan ayam goreng...

0 comments:

Post a Comment